Austria rekod lebih 5,800 jenayah kebencian pada 2022


SEBANYAK 5,865 jenayah kebencian berlaku di Austria tahun lepas, meningkat 7% berbanding 2021, menurut laporan yang dikeluarkan pada hujung minggu.

Laporan yang diterbitkan Kementerian Dalam Negeri itu, menunjukkan kebanyakan pelaku jenayah berkenaan terdiri daripada warganya sendiri, lapor Agensi Anadolu.

Jenayah kebencian didapati menyumbang sebanyak 68.2% daripada kesemua jenayah yang berlaku di negara ini tahun lepas, dengan separuh daripadanya melibatkan “propaganda Nazi” dan majoriti pelakunya terdiri dalam kalangan juvana.

Menteri Dalam Negeri Gerhard Karner berkata menerusi tindakan pencegahan bersama golongan muda, kecenderungan pelampau dapat dikenal pasti lebih awal dan langkah pencegahan boleh diambil.

Sementara itu, Menteri Kehakiman Alma Zadic berkata jenayah kebencian merupakan antara ancaman terbesar kepada perpaduan masyarakat demokratik dan kempen kebencian serta seruan untuk melakukan keganasan baru-baru ini, menunjukkan ancaman ini benar-benar berlaku. – Bernama, 24 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen