DUA bangunan bukan kediaman di ibu negara Russia, terkena serangan dron, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor Sputnik memetik kenyataan Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin hari ini.
“Hari ini, kira-kira 4 pagi, dua bangunan bukan kediaman di sini terkena serangan dron. Tiada kerosakan serius atau kemalangan jiwa,” kata Sobyanin di Telegram.
Jabatan Pengangkutan Moscow menerusi di Telegram memaklumkan sekatan lalu lintas dibuat di sepanjang Komsomolsky Prospekt bermula dari pusat bandar Moscow. – Bernama, 24 Julai, 2023.
Komen