PERGADUHAN antara geng jenayah di penjara Ecuador menyebabkan sekurang-kurangnya lima banduan mati dalam insiden terbaru yang melanda sistem hukuman bermasalah di negara itu, kata pihak berkuasa.
Sebanyak 11 banduan lain cedera dalam kejadian berlaku di penjara Guayas 1 di bandar pelabuhan Guayaquil pada malam Sabtu, kata pihak berkuasa penjara.
Pembunuhan beramai-ramai dengan keganasan melampau seperti penggal kepala sering berlaku di penjara Ecuador yang menampung terlalu ramai banduan.
Rusuhan biasanya berlaku disebabkan perbalahan antara geng yang ada kaitan dengan pengedaran dadah di negara itu yang menjadi pemain utama dalam perdagangan dadah di Amerika Selatan.
Pihak berkuasa berkata berpuluh-puluh rusuhan membabitkan geng jenayah dadah berlaku sejak 2021 menyebabkan 420 banduan maut. Ada mangsa yang dibakar hidup-hidup. – AFP, 24 Julai, 2023.
Komen