16 terbunuh bangunan runtuh di Cameroon


Pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan empat tingkat yang runtuh di Douala semalam. – Gambar Facebook, 24 Julai, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 16 terbunuh dan ramai lagi yang lain cedera parah apabila sebuah bangunan di Douala, hab perniagaan Cameroon, runtuh semalam, kata bomba.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun antara yang terkorban dengan tiga lagi kanak-kanak kini dirawat di unit rawatan rapi, kata pihak berkuasa hospital.

Bangunan empat tingkat itu runtuh menimpa sebuah lagi bangunan kediaman kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan.

Pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan. – AFP, 24 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen