PRN: DAP umum 11 calon di Negeri Sembilan


DAP mempertaruhkan 11 calon pada PRN di Negeri Sembilan bulan depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Julai, 2023.

DAP malam ini mengumumkan 11 calon termasuk seorang muka baharu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bulan depan.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, ketika mengumumkan perkara itu, turut mengesahkan beliau akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah manakala calon muka baharu Desmond Sian Meow Kong bertanding di DUN Rahang.

Turut dicalonkan Teo Kok Seong (Bahau), J Arul Kumar (Nilai), Chew Seh Yong (Lobak), Ng Chin Tsai (Temiang), Nicole Tan (Bukit Kepayang), Yap Yew Weng (Mambau), P Gunasegaran (Seremban Jaya), Choo Ken Hwa (Lukut) dan S Veerapan (Repah).

“Negeri Sembilan merupakan negeri yang kita menang atas semangat Pakatan Harapan (PH) pada 2018. Saya anak Negeri Sembilan, membesar di negeri ini, politik bermula di sini, sudah tentu Negeri Sembilan dekat di hati saya.

“Kebanyakan 11 kerusi ini kita kekalkan 10 status quo cuma hanya satu kerusi di Rahang (calon baharu), kebanyakan calon DAP di Negeri Sembilan masih muda dari usia 30-an hingga awal 60-an,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon pada majlis pengenalan calon PH di Seremban malam ini. – Bernama, 23 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen