Berehatlah sahabatku, kata Anwar mengenai pemergian Salahuddin


Anwar Ibrahim menganggap Salahuddin Ayub sebagai "sahabat setia" dan kematiannya "satu kehilangan besar untuk diri saya dan keluarga". – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau amat terkesan dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub malam ini.

Beliau berkata, kematian “sahabat setia” adalah “satu kehilangan besar untuk diri saya dan keluarga”.

“Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan panjang ini sehingga ke akhir hayat.

“Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara material,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar juga berkata Salahuddin dikenali kerana mempunyai sikap keperibadian tinggi sama ada kawan mahupun lawan dan merupakan seorang yang kuat bekerja serta sangat taat kepada amanah dan tanggungjawab.

“Berehatlah, sahabatku,” katanya.

Salahuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam hari ini selepas gagal pulih daripada pendarahan otak. Allahyarham berumur 61 tahun. – 23 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen