KERAJAAN China menyambung semula dasar tanpa visa selama 15 hari untuk warga Singapura mulai Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut kenyataan Kedutaan China di Singapura pada Ahad, dasar itu akan membenarkan warga Singapura yang memegang pasport biasa memasuki China untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga dan transit.
Visa yang dikeluarkan kepada warganegara Singapura masih sah dan permohonan visa yang dibuat akan diproses seperti biasa, menurut kenyataan itu.
Kementerian luar Singapura memaklumkan di media sosial dasar tanpa visa itu akan memudahkan orang ramai dan aliran perniagaan antara kedua-dua negara dan membuka jalan kepada kerjasama dua hala yang lebih kukuh. – Bernama, 23 Julai, 2023.
Komen