4 maut paip air panas pecah di Moscow


SEKURANG-KURANGNYA empat orang maut apabila paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow pada Sabtu, kata datuk bandar Sergey Sobyanin.

Media Rusia melaporkan bahawa mengikut sumber perubatan, sekurang-kurangnya sembilan orang mengalami lecur teruk akibat kejadian itu.

Perkhidmatan kecemasan mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja Hypermarket Global Gourmet, yang terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah, lapor Agensi Anadolu.

Pasukan penyelamat dan anggota perubatan kini berada di tempat kejadian. – Bernama, 23 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen