2 maut selepas bangunan runtuh di Nigeria


SEBUAH bangunan runtuh di pinggir bandar Lagos, mengorbankan dua nyawa pada pagi semalam, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku kira-kira 11:30 pagi waktu tempatan (1030 GMT) di kawasan Ishawo Lagos, kata Ibrahim Farinloye, penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan di Lagos dalam satu kenyataan.

Farinloye berkata kedua-dua mangsa terperangkap apabila pagar rumah jiran tumbang menimpa kediaman mereka ketika hujan lebat Sabtu lalu.

“Amat malang kerana tiada panggilan kecemasan dibuat kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya sambil menambah kedua-dua mayat itu ditemukan di bawah runtuhan. – Bernama, 23 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen