Rakyat Mesir mengundi hari kedua pilih presiden


Seorang pegawai pilihan raya membantu warga emas untuk memasukkan kertas undinya di pusat mengundi di Heliopolis, timur ibu kota Kaherah. – Gambar AFP, 27 Mac, 2018.

HARI membuang undi di Mesir masuk hari kedua hari ini untuk pilihan raya memilih presiden dengan penyandangnya, Abdel Fattah al-Sisi dijangka menang mudah dalam pertandingan dengan lawannya yang tidak begitu dikenali ramai.

Beberapa pengundi kelihatan di pusat mengundi yang mula dibuka jam 9 pagi di Mesir.

Pihak berkuasa menggesa rakyat Mesir untuk menyertai tiga hari mengundi, berharap jumlah yang keluar melalukan tanggungjawab itu akan ramai.

Lawan Sisi ialah Moussa Mostafa Moussa – dan beliau sendiri penyokong presiden itu. Calon lain menarik diri atau diketepikan atau ditahan.

Sisi, bekas ketua tentera dipilih pada 2014, setahun selepas menggulingkan presiden Mohamed Morsi.

Pasukan tentera menggulingkan Morsi susulan bantahan besar-besaran terhadap pejuang Islam yang berpecah, dan Sisi kekal popular, tetapi pembaharuan ekonomi yang keras menyebabkan inflasi, menjejaskan popularitinya. – AFP, 27 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen