Patogenesis wabak bubonik ditemui di Mongolia


Wabak bubonik mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang daripada 24 jam jika tidak dirawat tepat pada masanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – Gambar AFP, 22 Julai, 2023.

PATOGENESIS bertoksik wabak bubonik telah ditemui di wilayah Zavkhan, barat Mongolia, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Sabtu.

“NCZD (Pusat Penyakit Zoonotik Kebangsaan) menerima laporan awal bulan ini bahawa sebilangan besar marmot mati secara misteri di Erdenekhairkhan (pembahagian pentadbiran) wilayah itu. Pakar mengumpul sampel daripada marmot yang mati dan mendapati terdapat patogenesis sangat bertoksik di dalam sampel berkenaan, menurut NCZD.

Walaupun pemburuan marmot adalah haram di Mongolia, ramai menganggap ia sebagai makanan istimewa dan mengabaikan undang-undang terbabit.

Sekitar 17 daripada 21 wilayah Mongolia berisiko dilanda wabak berkenaan, menurut NCZD.

Wabak bubonik mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang daripada 24 jam jika tidak dirawat tepat pada masanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – Bernama, 22 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen