Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital pada pukul 10.15 malam semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Julai, 2023.

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital di Alor Setar, Kedah selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata Salahuddin dikejarkan ke hospital pada pukul 10.15 malam semalam.

“Beliau terdahulu mengadu mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan malam tadi.

“Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya. – Bernama, 22 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen