BN tanding 12 kerusi di Selangor, tak calon Tengku Zafrul


Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata calon bagi PRN bulan depan adalah kesinambungan pelapis kepimpinan antara calon lama dan baharu, wanita dan pemuda. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Julai 2023.

BARISAN Nasional (BN) akan meletakkan 12 calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan depan, umum Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Johan Abd Aziz dan Megat Zulkarnain Omardin masing-masing akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan Gombak Setia yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Dusun Tua dimenangi Edry Faizal Eddy Yusof dari DAP, sementara Gombak Setia dimenangi Hilman Idham yang keluar PKR pada 2020.

Megat Zulkarnain yang juga pengerusi Umno Selangor dijangka akan bertembung dengan Hilman yang mempertahankan kerusi Gombak Setia mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak dinamakan sebagai calon PRN Selangor.

Calon BN lain yang diumumkan malam ini adalah Johan Abd Aziz (Dusun Tua), Isa Abu Kasim (Batang Kali), Hasnal Rezua Merican (Kuang), Jahaya Ibrahim (Jeram), Roslee Abd Hamid (Selat Klang), Azley Yahya (Dengkil) dan Al-Hafizi Abu Bakar (Sijangkang).

Terdahulu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi umum seramai di 108 calon gabungan itu akan bertanding pada PRN di enam negeri pada 12 Ogos.

Beliau berkata 63% calon BN adalah muka baharu, 18% adalah penyandang dan selebihnya adalah mereka yang pernah bertanding sebelum ini, menunjukkan kesinambungan pelapis kepimpinan antara calon lama dan baharu, wanita dan pemuda BN. – 21 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen