BN umum tanding 108 kerusi DUN


Barisan Nasional akan menampilkan 63% calon muka baharu pada PRN yang akan diadakan pada 12 Ogos ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Julai 2023.

BARISAN Nasional (BN) umum akan bertanding di 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon BN malam ini berkata 63% calon merupakan muka baharu, 18% ialah penyandang dan selebihnya ialah mereka yang pernah bertanding sebelum ini.

“Kita juga mengemukakan 87% daripada calon ini memiliki kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi termasuk yang berkelulusan ikhtisas atau profesional,” katanya.

Pengumuman malam ini menyaksikan BN menampilkan calon daripada Umno berikutan parti komponennya MIC dan MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada 12 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos, penamaan calon pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN 2023 ini melibatkan 36 DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40); Selangor (56); dan Negeri Sembilan (36).

Berikut senarai nama calon BN bagi kerusi DUN pada PRN di enam negeri:

Selangor (12 DUN)

Sungai Air Tawar - Rizam Ismail

Sungai Panjang - Mohd Imran Tamrin

Batang Kali - Mohd Isa Abu Kasim

Sungai Burong - Mohamad Khir Ramli

Jeram - Jahaya Ibrahim

Kuang - Hasnal Rezua Merican Habib Merican

Gombak Setia - Megat Zulkarnain Omardin

Dusun Tua - Johan Abd Aziz

Semenyih - Wan Zulaika Anua

Selat Klang - Roslee Abd Hamid

Sijangkang - Mohd Al-Hafizi Abu Bakar

Dengkil - Noorazli Said

Negeri Sembilan (17 DUN)

Pertang- Jalaluddin Alias

Sungai Lui - Mohd Razi Mohd Ali

Serting - Muhamad Zamri Omar

Palong - Mustapha Nagoor

Jeram Padang - Mohd Zaidy Abdul Kadir

Lenggeng - Mohd Asna Amin

Juasseh - Bibi Sharliza Mohd Khalid

Seri Menanti - Muhammad Sufian Maradzi

Senaling - Ismail Lasim

Johol - Saiful Yazan Sulaiman

Chembong - Zaifulbahri Idris

Rantau - Mohamad Hasan

Kota - Suhaimi Aini

Bagan Pinang - Mohd Najib Mohd Isa

Linggi - Mohd Faizal Ramli

Gemas - Abd Razak Ab Said

Gemencheh - Suhaimizan Bidar

Pulau Pinang (6 DUN)

Penaga - Mohd Naim Salleh

Bertam - Reezal Merican Naina Merican

Permatang Berangan - Norhafizah Othman

Sungai Dua - Dr Shaik Hussein Mydin

Sungai Acheh - Rashidi Zinol

Telok Bahang - Ahmad Zaki Shah Shah Headan

Kedah (15 DUN)

Ayer Hangat - Hisham Suhaily Othman

Ayer Hitam - Hayazi Azizan

Bukit Kayu Hitam - Zainol Abidin Mohamad

Pedu - Mahdzir Khalid

Bukit Lada - Said Ali Syed Rastan

Anak Bukit - Nor Hasita Md Isa

Sungai Tiang - Mohamad Fadzil Zolkipli

Guar Chempedak - Abdul Paris Abdul Hamid

Jeneri - Muhamad Khizri Abu Kassim

Tanjong Dawai - (Ditangguhkan)

Pantai Merdeka - Wan Mohalina Wan Mohamad

Bayu - Ishak Mat

Kuala Ketil - Suriati Che Mid

Merbau Pulas - Asmadi Abu Talib

andar Baharu - Nuraini Yusoff

Terengganu (27 DUN)

Kuala Besut - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

Kota Putera - Mohammad Pehimi Yusof

Jertih - Mohd Rozaini Rasli

Hulu Besut - Nawi Mohamad

Jabi - Rosdi Zakaria

Permaisuri - Hamdan Hamzah

Langkap - Sabri Mohd Noor

Batu Rakit - Bazlan Abdul Rahman

Tepuh - Muhammad Hanafi Hasan

Buluh Gading - Omar Adam

Seberang Takir - Ahmad Razif Abdul Rahman

Bukit Tunggal - Wan Noorislam Wan Hashim

Bandar - Armi Irzan Mohd

Ladang - Mohd Sabri Alwi

Alur Limbat - Yuseri Isa

Bukit Payong - Mohd Khim @ Mohd Khan Abd Rahman

Pengkalan Berangan - Nik Dir Nik Wan Ku

Telemung - Rozi Mamat

Kuala Berang - Jalaludin Ismail

Ajil - Jailani Johari

Bukit Besi - Dr Din Adam

Rantau Abang - Mohd Asri Mohamad

Paka - Ahmad Abdullah Abd Wahab

Kemasik - Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof

Kijal - Ahmad Said

Chukai - Mohamed Rahim Hussin

Air Putih - Dr Mohd Zaki Salleh

Kelantan (31 DUN)

Pengkalan Kubor - Zulkifli Abdullah

Kelaboran - Mohd Rosdi Razali

Wakaf Bharu - Abdul Mannan Md Said

Kijang - Haris Hussin

Chempaka - Nik Normi Nik Ayub

Bunut Payong - Mohamed Hasnan Che Hussin

Tendong - Noor Hariri Mohamed Noor

Meranti - Zahri Omar

Gual Periok - Anuar Mohamad

Apam Putra - Akbar Salim

Salor - Mohamad Husain

Pantai Irama - Zakiah Md Noor

Jelawat - Yusri Che Noh

Melor - Azmi Ishak

Kok Lanas - Ahmad Deraman

Gual Ipoh - Zuhairi Zakaria

Kemahang - Mazli Mustafa

Selising - Hashim Ismail

Semerak - Marshella Ali

Gaal - Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin

Pulai Chondong - Muhammad Fakhran Che Jusoh @ Yusoff

Kemuning - Mohd Fakaaruddin Ismail

Bukit Bunga - Mohd Adhan Kechik

Air Lanas - Nasrul Hadi Kamaruzaman

Kuala Balah - Mohd Yamiin Anuar Mat Zain

Guchil - Dr Zuber Hasan

Manek Urai - Suzaini Adlina Sukri

Dabong - Ahmad Firdaus Muhammad

Nenggiri - Ab Aziz Yussof

Paloh - Amran Arifin

Galas - Mohd Syahbuddin Hashim – Bernama, 21 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen