MAHKAMAH Rayuan menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh mendengar permohonan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang menolak permohonan reman enam anggota polis.
Ketika dihubungi Bernama peguam Geethan Ram Vincent mengesahkan tarikh baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan tersebut.
Berikutan itu dua tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 20 Julai dan 14 Ogos dilapangkan.
Geethan Ram mewakili tiga daripada enam anggota polis yang SPRM memohon reman kerana didakwa meminta dan menerima rasuah RM5,000.
Bagi tiga lagi anggota polis, peguam Revin Kumar Shasai Kumar, Lavanyia Raja dan Eu Kah Mun dilantik secara individu untuk mewakili mereka. – Bernama, 21 Julai, 2023.
Komen