PEMANGKU menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor beri tempoh tujuh hari kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk membuat permohonan maaf kerana menuduhnya mencuri nadir bumi dan menyeleweng dana penyelenggaraan jalan.
Beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya.
Sanusi berkata Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR membuat dakwaan itu sebagai serangan politk berniat untuk membantu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.
“Anda memilih untuk mensensasikan perkara ini dengan membuat tuduhan kepada umum tanpa periksa dan tanpa bukti dokumen yang sah, lengkap dan tepat daripada sumber boleh dipercayai.
“Maka, jelas yang tindakan anda berniat jahat tanpa niat untuk mencari kebenaran dan penjelasan daripada anak guam kami berkenaan fakta sebenar,” kata surat itu.
Sanusi turut menuntut pampasan dengan jumlah munasabah dibayar.
Pada 15 Julai, Saifuddin mendakwa Sanusi dikenakan kompaun RM500,000 atas kesalahan mencuri nadir bumi di Sik, Kedah tahun lalu. – 21 Julai, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen