CHINA berjaya melancarkan empat satelit meteorologi Tianmu-1 ke orbit Bumi pada Khamis menggunakan roket pembawa bahan api pepejal Kuaizhou-1A, menurut Perbadanan Sains dan Industri Aeroangkasa China (CASIC), lapor Sputnik.
Pelancaran berlangsung dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di wilayah Gansu barat laut China pada 11.20 pagi waktu tempatan (03:20 GMT).
Menurut CASIC, roket pembawa itu melancarkan satelit Tianmu-1-07, Tianmu-1-08, Tianmu-1-09 dan Tianmu-1-10, yang akan digunakan khususnya untuk menyediakan data meteorologi untuk kegunaan komersil.
Pada Januari tahun ini, dua satelit pertama Tianmu-1 dilancarkan ke orbit. Empat lagi dilancarkan pada Mac.
Ia merupakan pelancaran roket Kuaizhou-1A yang ke-21, dengan yang pertama dilakukan pada Januari 2017. Pesawat angkasa jenis ini dibangunkan, terutamanya untuk pelancaran komersial. – Bernama, 21 Julai, 2023.
Komen