MASYARAKAT Penan di hulu sungai Baram di Sarawak mahu syarikat pembalakan Samling Group menjauhi hutan mereka.
Gesaan mereka ini dibuat ketika syarikat itu menghadapi audit baharu oleh badan kawal selia berhubung dakwaan ketidakpatuhannya terhadap Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS).
“Sebagai nomad terakhir Baram, kami meminta Samling menjauhi hutan kami dan membenarkan kami terus hidup seperti nenek moyang kami dan meneruskan warisan dan budaya mereka,” kata wakil Ba Jawi kepada Ketua Pegawai Operasi Samling James Ho Yam Kuan dalam surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight.
Menurut komuniti itu, mereka adalah penjaga utama hutan dan wilayah Ba Jawi yang menetap, memburu, mengumpul dan memungut sagu di dalam sempadan wilayah itu sejak kira-kira 200 tahun lalu.
“Kami adalah Penan separuh nomad terakhir di seluruh Baram. Kami adalah penjaga budaya nomad Penan,” kata mereka.
“Kami dengan ini menyatakan bahawa kami sendiri mengawal hutan kami dan enggan mewakilkannya kepada Samling atau mana-mana pihak berkaitan. Kami mempunyai hak untuk menghalang persetujuan bagi sebarang pembalakan di tanah kami.”
Kampung mereka adalah sebahagian daripada Unit Pengurusan Hutan Gerenai (FMU), yang menerima pensijilan pembalakan di bawah MTCS pada 2020. – 20 Julai, 2023.
Berita penuh di sini
Komen