HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel akan kekal tidan berubah bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran kedua-dua produk meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut memberi jaminan akan memantau secara berterusan kesan perubahan harga minyak dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama, 19 Julai, 2023.
Komen