AS halau 60 perisik Rusia, sokong tindakan Britain


Kedutaan Rusia di Ottawa, Ontario. Sekutu Britain di Eropah dan seluruh dunia menghalau keluar sejumlah besar pegawai disyaki perisik Rusia sebagai respons kepada serangan egen saraf. – Gambar AFP, 27 Mac, 2018.

AMERIKA Syarikat (AS) menyertai sekutunya Britain di Eropah dan seluruh dunia dengan menghalau sejumlah besar perisik Rusia susulan kes serangan agen saraf.

Sekurang-kurangnya 114 dipercayai ejen yang berselindung di sebalik jawatan pegawai diplomatik diarahkan keluar oleh 21 kerajaan.

Washington mendahului tindakan itu, mengarahkan 60 pegawai Rusia keluar dari negara itu, dalam ketegangan terbaru hubungan AS-Rusia, kurang seminggu selepas Presiden Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Vladimir Putin atas pemilihan semula sebagai presiden Rusia.

Kanada, Ukraine, Albania, Australia dan hampir semua negara Kesatuan Eropah mengambil tindakan sama, selepas Britain mendesak sekutunya untuk memberi respons terhadap serangan meracun ejen dalam samaran Sergei Skripal.

Rusia menafikan menjadi dalang di sebalik serangan itu, yang menyebabkan Skripal dan anak perempuannya kritikal dalam kemungkinan serangan agen saraf pertama di Eropah sejak Perang Dunia kedua. – AFP, 27 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen