Tuduhan hasutan untuk jejas peluang pilihan raya negeri, kata Sanusi


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ketika bercakap kepada pemberita selepas pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Julai, 2023.

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pertuduhan menghasut terhadapnya bertujuan menjejaskan peluangnya pada pilihan raya negeri akan datang.

Sanusi berkata, beliau didakwa dengan dua kes berhubung ceramahnya di Selayang pada 11 Julai dan mahkamah mengeluarkan perintah agar tidak bercakap mengenai kes itu.

“Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan peluang saya dalam pilihan raya negeri. Nampaknya di Malaysia kita tidak boleh berkata apa-apa. Kalau dalam bidang politik kita selesaikan semua masalah kita di sana.

“Beri hujah balas kepada hujah, tetapi hari ini di negara ini kita mempunyai kerajaan yang takut.

“Mereka menggunakan polis untuk menghalang atau menyekat ucapan kami. Ini petanda mereka (kerajaan) takut,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Selayang selepas beliau didakwa. – 18 Julai, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen