CARLOS Alcaraz menewaskan juara tujuh kali Novak Djokovic dan meraih kejohanan Wimbledon kali pertamanya, sekali gus meranapkan impian Serbia itu untuk memecahkan rekod kejuaran ke-24 Grand Slam.
Beliau menang dengan 1-6, 7-6 (8-6), 6-1, 3-6, 6-4 selepas empat jam dan 42 minit di gelanggang awal pagi tadi.
Ia adalah kemenangan kedua terbesar untuk pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu selepas kejuaraan Terbuka AS tahun lalu, dan menjadikannya pemenang ketiga termuda dalam sejarah Wimbledon.
Kemenangan itu mencetuskan spekulasi bermulanya peralihan generasi, dengan Djokovic yang kini berusia 36 tahun, Roger Federer sudah bersara dan Rafael Nadal diketepikan.
Juara Terbuka Australia dan Terbuka Perancis Djokovic berusaha keras untuk menyamakan rekod Federer iaitu lapan kejuaraan Wimbledon, menandakan 24 Grand Slam dan menjadi juara tertua Kelab All England.
Ketika beliau menang kejuaran pertamanya di Terbuka Australia 2008, Alcaraz baru menghampiri ulang tahun ke-5.
“Anda banyak memberikan inspirasi kepada saya,” kata Alcaraz kepada Djokovic selepas memenangi kejohanan di Sepanyol, mengikut jejak langkah Manuel Santana pada 1966 dan Nadal pada 2008 dan 2010. – AFP, 17 Julai, 2023.
Komen