BANJIR dan tanah runtuh di Korea Selatan meragut 37 nyawa, setakat malam tadi.
Kementerian Dalam Negeri berkata sembilan individu masih hilang di seluruh negara.
Hujan lebat mengakibatkan mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah atau dihanyutkan ke kawasan empangan air.
Petang semalam, pasukan penyelamat mengeluarkan lapan mayat yang terperangkap dalam terowong susulan hujan lebat. – AFP, 17 Julai, 2023.
Komen