Singapura kecam serangan peluru berpandu Yaman terhadap Arab Saudi


Rumah seorang penduduk di Riyadh yang rosak akibat terkena bedilan peluru berpandu Yaman pada Ahad lalu yang mengakibatkan seorang maut dan dua cedera. – Gambar AFP, 27 Mac, 2018.

SINGAPURA mengecam serangan peluru berpandu Yaman ke atas Arab Saudi, menyasarkan kawasan perumahan di Riyadh dan bandar-bandar lain di sekitar pada Ahad, menyebabkan seorang maut dan dua cedera.

Menurut kenyataan pada Isnin, Menteri Hubungan Luar (MFA) republik itu berkata, “Tiada justifikasi bagi tindakan menyasarkan penduduk awam. Kami merakamkan rasa simpati kepada mangsa dan juga keluarga mereka.

“Kami menyeru semua pihak untuk mengambil langkah mengawal diri dan menghentikan permusuhan bagi memastikan keselamatan penduduk awam serta mencari penyelesaian aman dalam menangani konflik di Yaman.

MFA dan Kedutaan Singapura di Riyadh saling berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memantau situasi tersebut.

Tujuh peluru berpandu balistik dilaporkan dilepaskan dari Yaman dan semua berjaya dipintas, kecuali satu yang mengenai kawasan perumahan. – Bernama, 27 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen