Rombakan Kabinet UK, menteri pertahanan berundur


Menteri Pertahanan Britain Ben Wallace pada Sabtu mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai rombakan Kabinet yang dijadual berlangsung pada September. – Gambar EPA, 16 Julai, 2023.

MENTERI Pertahanan Britain Ben Wallace pada Sabtu mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai rombakan Kabinet yang dijadual berlangsung pada September.

“Saya tidak akan ambil bahagian pada masa akan datang,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Wallace sebagai berkata kepada Sunday Times dalam temu bual yang disiarkan dalam talian.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk meletak jawatan di Parlimen secara “terlalu awal” hingga mencetuskan pilihan raya kecil.

Setelah berkhidmat sebagai setiausaha pertahanan di bawah tiga perdana menteri berbeza, Wallace memainkan peranan penting dalam usaha United Kingdom (UK) menangani konflik di Ukraine.

Minggu lalu, Wallace mencetuskan kontroversi semasa sidang akhbar dengan mengatakan UK tidak berfungsi seperti perkhidmatan penghantaran “Amazon” yang membekalkan senjata ke Ukraine.

Selain itu, beliau mencadangkan agar Kyiv mempertimbangkan untuk menzahirkan ucapan “terima kasih” kepada penyokongnya.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Rishi Sunak menyangkal kenyataan ini, menekankan bahawa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy telah mengucapkan terima kasih beberapa kali atas bantuan yang diberikan oleh UK. – Bernama, 16 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen