Korban tanah runtuh di Korea Selatan meningkat kepada 32 orang


Lebih 200 jalan ditutup di Korea Selatan susulan hujan lebat dan tanah runtuh yang menyebabkan 32 orang meninggal dunia manakala lebih 10 orang masih hilang. – Gambar Facebook, 16 Julai, 2023.

ANGKA kematian akibat hujan lebat dan tanah runtuh di Korea Selatan mencecah 32 orang manakala lebih 10 orang masih hilang, Sputnik memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap pada Ahad.

Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut, tujuh cedera manakala tiga masih hilang.

Kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah tenggara Korea Selatan, Gyeongsang Utara dan 17 orang maut akibat tanah runtuh.

Lebih 10 orang masih hilang manakala lebih 7,500 penduduk dipindahkan dari kediaman mereka di 13 bandar dan wilayah di seluruh Korea Selatan.

Lebih 200 jalan ditutup di Korea Selatan dan semua operasi kereta api telah digantung.

Sebanyak 12 penerbangan dibatalkan hari ini. – Bernama, 16 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen