PENGELUAR kereta AS Tesla semalam melancarkan pikap elektrik pertamanya yang dikenali sebagai Cybertruck dengan proses pemasangan dibuat di kilang berhampiran Austin, Texas.
Tesla yang memuatnaik gambar kenderaan futuristik itu menerusi Twitter berkata Cybertruck pertama dibina di Giga Texas.
Elon Musk yang merupakan pemilik Tesla dan Twitter, mengulang ciap muat naik Twitter berkenaan dengan mengucapkan tahniah kepada kakitangan Tesla.
Pada April syarikat itu dilaporkan akan melancarkan Cybertruck pertamanya sebelum akhir tahun ini.
Sesi pengenalan kenderaan itu agak luasa biasa apabila Musk mengarahkan pekerjanya memukul satu tingkap kenderaan prototaip menggunakan keluli bagi mempamerkan kekukuhan strukturnya.
Bagaimanapun tingkap berkenaan pecah ketika sesi ujian dilakukan selain siri kedua turut memberikan hasil sama, sekali gus mengundang maklum balas negatif.
Namun dalam masa dua hari Tesla berkata mereka menerima hampir 150,000 pesanan awal.
Pada Mei Musk berkata syarikat itu berharap untuk membina 250,000 Cybertruck dalam masa setahun dengan angka itu diunjur meningkat dua kali ganda ekoran faktor harga yang berpatutan.
Tesla akan menghasilkan tiga model Cybertruck antaranya sebuah kenderaan yang boleh membuat pecutan dari sifar hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa kurang daripada tiga saat. – AFP, 16 Julai, 2023.
Komen