KESATUAN perubatan tertua di UK semalam mengecam rancangan kerajaan untuk meningkatkan jumlah yang dibayar pekerja asing untuk menggunakan perkhidmatan penjagaan kesihatan negeri untuk menampung kenaikan gaji sektor awam.
Perdana Menteri UK Rishi Sunak minggu ini meluluskan cadangan untuk meningkatkan gaji guru, doktor dan polis antara 5.0 hingga 7.0 peratus.
Sunak menolak kenaikan cukai atau pinjaman kerajaan untuk membiayai kenaikan itu tetapi sebaliknya berkata kenaikan Surcaj Kesihatan Imigresen (IHS) dan yuran visa akan dinaikkan sehingga £1 bilion.
Doktor di Unite,yang mewakili doktor muda, pengamal am dan perunding hospital berkata mereka terkejut dengan langkah itu kerana pendatang akan membayar dua kali ganda bagi menggunakan NHS.
Kebanyakan pekerja di UK mempunyai caruman Insurans Nasional yang dipotong pada gaji mereka yang membayar untuk Perkhidmatan Kesihatan Nasional serta skim pencen dan pengangguran negeri.
“Sama seperti pekerja lain pendatang menyumbang kepada pembiayaan NHS melalui cukai am. Menggandakan surcaj NHS kepada lebih £1,200 ($1,570) setahun adalah penalti tambahan yang tidak adil,” kata Doctors in Unite.
“Pendatang ‘dikenakan cukai dua kali’ untuk mengakses perkhidmatan yang sama,” tambahnya dan menggelar langkah itu tidak bermoral dan memecahbelahkan.
IHS yang pada mulanya dibawa masuk untuk menghalang pelancongan perubatan kini dibayar oleh kebanyakan pendatang di bawah peraturan kemasukan pasca-Brexit yang lebih ketat.
Ia dibayar setiap orang sebagai tambahan kepada yuran visa untuk penginapan lebih daripada enam bulan.
Mereka yang berusia lebih 18 tahun membayar £624 setahun manakala pelajar dan bawah 18 tahun membayar £470 setahun.
Kerajaan mencadangkan menaikkan IHS untuk individu dewasa kepada £1,035 dan £776 pada kadar yang dikurangkan.
Visa kerja dan lawatan akan meningkat sebanyak 15 peratus manakala kos visa pelajar dan cuti untuk tinggal antara lain akan meningkat sekurang-kurangnya 20 peratus.
Penghijrahan bersih di UK mencecah rekod 606,000 pada 2022, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pada Mei, meningkatkan tekanan ke atas kerajaan yang berjanji untuk mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.
Pengkritik memberi amaran kenaikan IHS yang dibayar oleh individu atau syarikat mereka boleh memburukkan lagi kekurangan kakitangan dalam banyak sektor dan mendorong pekerja serta pelajar berkemahiran tinggi untuk berhijrah ke tempat lain.
Pusat penyelidikan Genomics The Wellcome Sanger Institute berkata mereka membelanjakan lebih daripada £300,000 dalam yuran imigresen untuk pekerjanya pada 2022. – AFP, 16 Julai, 2023.
Komen