Dagangan asing India menurun pada Jun


Import keseluruhan dianggarkan berjumlah US$68.98 bilion bulan lepas, penurunan 13.91 peratus tahun ke tahun, menurut data. – Gambar EPA, 15 Julai, 2023.

EKSPORT keseluruhan India, termasuk barangan dan perkhidmatan dianggarkan berjumlah US$60.09 bilion pada Jun, penurunan sebanyak 13.16 peratus tahun ke tahun, menurut data yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Industri pada Jumaat, lapor Xinhua.

Import keseluruhan dianggarkan berjumlah US$68.98 bilion bulan lepas, penurunan 13.91 peratus tahun ke tahun, menurut data.

Pada April-Jun, keseluruhan eksport barangan dan perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan 7.29 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, keseluruhan import pada suku terbabit menunjukkan pertumbuhan negatif sebanyak 10.18 peratus berbanding April-Jun 2022.

Defisit perdagangan berkurangan sebanyak 28.26 peratus sepanjang April-Jun, berjumlah US$22.59 bilion, berbanding US$31.49 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.   – Bernama, 15 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen