Twitter larang iklan mata wang kripto


Mata wang kripto diperkenalkan pada 2009 sebagai perisian tersulit dan tidak menerima sokongan bank pusat mana-mana negara serta tiada kadar pertukaran sah di sisi undang-undang. – Gambar AFP, 27 Mac, 2018.

TWITTER semalam mengumumkan melarang iklan yang menawarkan cryptocurrency atau jualan token mata wang maya, menyebabkan nilai mata wang kripto turun di bawah AS$8,000 (RM32,000).

Twitter mengikuti jejak Google dan Facebook, yang awal tahun ini melarang iklan mata wang digital bagi melindungi pengguna daripada ditipu.

“Kami komited memastikan keselamatan komuniti Twitter,” kata Twitter dalam satu kenyataan.

“Oleh itu, kami menambah polisi baharu bagi Twitter Ads berkaitan dengan mata wang kripto.”

Di bawah polisi baru ini, pengiklanan penawaran duit syiling awal (ICO), atau tawaran mata wang, dan penjualan token akan dilarang di platform mesej.

Sesetengah syarikat menggunakan ICO untuk menaikkan berbilion dolar dalam pasaran yang sangat tidak menentu dan tidak terkawal.

Twitter berkata: “Kami tahu jenis kandungan ini sering dikaitkan dengan penipuan dan pemalsuan, sama ada organik dan berbayar, dan secara proaktif melaksanakan sejumlah isyarat bagi mengelakkan akaun ini daripada terlibat dengan pihak lain dengan cara mengelirukan.”

Nilai mata wang kripto turun 8% kepada AS$7,929 selepas larangan iklan Twitter diumumkan, menurut data pasaran daripada Bloomberg.

Dasar baru ini membuka pintu kepada iklan bagi perdagangan mata wang kripto atau perkhidmatan “dompet” yang selamat ditawarkan oleh syarikat awam tersenarai di beberapa bursa utama.

Twitter merancang mengubah suai polisi iklannya apabila pasaran mata wang digital berkembang dan keupayaannya membezakan mesej pemasaran yang meragukan.

Kerajaan British awal tahun ini menggesa peraturan global terhadap bitcoin, mata wang maya kontroversi, sambil menambah G20 akan menangani perkara itu bulan ini.

Mata wang kripto diperkenalkan pada 2009 sebagai perisian tersulit dan tidak menerima sokongan bank pusat mana-mana negara serta tiada kadar pertukaran sah di sisi undang-undang. – AFP, 27 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen