JABATAN Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mungkin mengaktifkan sehingga 3,000 anggota simpanan untuk ditugaskan di Eropah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam perintah yang ditandatangani oleh Presiden AS Joe Biden pada Khamis, jabatan itu berkata tindakan itu perlu bagi mengukuhkan pasukan anggota tetap yang kini menjalankan operasi Atlantic Resolve.
Tentera AS melancarkan misi itu selepas pengilhakan Crimea oleh Russia pada 2014, yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Misi itu bertujuan mengukuhkan sekutu NATO dengan mengerahkan unit sedia tempur secara bergilir-gilir ke sayap timur NATO.
Selepas arahan presiden itu dikeluarkan, Komando Eropah Amerika Syarikat (EUCOM) mengumumkan pasukan ini tidak mengubah kekuatan tentera AS di Eropah.
Tidak dinyatakan dengan jelas sama ada ini pasukan simpanan ini boleh berfungsi bagi menggantikan tentera tetap di Eropah.
Jabatan Pertahanan AS berkata terpulang kepada komander EUCOM untuk memutuskan cara memanfaatkan kehadiran anggota tambahan itu.
Leftenan Jeneral Sims berkata, langkah itu menggambarkan sokongan dan komitmen AS yang tidak berbelah bagi dalam mempertahankan sayap timur NATO susulan “perang haram dan tanpa provokasi Rusia terhadap Ukraine”. – Bernama, 15 Julai, 2023.
Komen