Menteri pengangkutan Singapura ditahan 11 Julai, kata biro anti rasuah


MENTERI Pengangkutan Singapura S. Iswaran dan pengarah urusan Hotel Properties Ltd (HPL) Ong Beng Seng telah ditahan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada Selasa, kata CPIB hari ini.

Kedua-dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin, kata biro itu dalam menjawab pertanyaan daripada Today.

Sebagai sebahagian daripada syarat jaminan mereka, kedua-dua pasport Iswaran dan Ong ditahan, katanya.

Penangkapan dibuat sehari sebelum CPIB mengumumkan pada Rabu bahawa Iswaran sedang membantu biro itu dengan siasatan kes..

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan beliau meminta Iswaran bercuti dan Chee Hong Tat akan menjadi pemangku menteri pengangkutan.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen