MAJLIS Bandaraya Kyiv melarang penggunaan awam “produk budaya” bahasa Rudsia seperti buku, muzik, filem dan karya teater, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bahasa Rudsia adalah bahasa “negara penceroboh” dan tidak mempunyai tempat di Kyiv, menurut kenyataan majlis itu.
“Produk budaya bahasa Russia mesti dihadkan di wilayah ibu kota Ukraine,” kata ahli majlis Vadym Vasylchuk.
Keputusan itu diluluskan 71 daripada 120 timbalan majlis.
Turut diharamkan karya sejarah yang mempunyai nilai seni tinggi, seperti karya Mikhail Bulgakov, seorang penulis berbahasa Russia terkenal dari Kyiv.
Namun, penalti ke atas pelanggaran larangan itu tidak dinyatakan.
Usaha mempromosi bahasa Ukraine meningkat sejak revolusi pro-Barat pada 2014.
Perlembagaan Ukraine setakat ini terus menjamin penggunaan bahasa Russia sebagai satu daripada bahasa minoriti negara, namun selepas serangan Russia ke atas Ukraine lebih 16 bulan lalu, tekanan terhadap semua urusan berkaitan Russia juga meningkat. – Bernama, 14 Julai, 2023.
Komen