5 ditahan berhubung insiden tembakan di Afrika Selatan


LIMA suspek ditahan berkaitan insiden tembakan besar-besaran yang membunuh enam orang dan mencederakan empat yang lain di wilayah Eastern Cape di Afrika Selatan.

Jurucakap polis Kol Priscilla Naidu berkata suspek berusia antara 21 dan 31 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh, lapor Agensi Anadolu.

Pada malam Selasa, lelaki bersenjata itu memasuki halaman sebuah hartanah di perbandaran KwaNobuhle berhampiran bandar Kariega dan mula melepaskan tembakan ke arah penghuni rumah berkenan, kata polis.

Lima lelaki dan seorang wanita maut, manakala tiga lelaki dan seorang wanita cedera dalam kejadian itu.

Tembakan besar-besaran semakin kerap di Afrika Selatan, satu daripada negara yang mencatatkan kes pembunuhan tertinggi di dunia.

Menurut statistik jenayah negara itu, secara puratanya sekurang-kurangnya 70 terbunuh setiap hari sejak April hingga Jun 2022.

Pada Julai tahun lepas, 14 terbunuh di sebuah bar di perbandaran Soweto dekat Johannesburg. – Bernama, 14 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen