MICHELE Bullock dilantik sebagai wanita pertama mengetuai bank pusat Australia, lapor Xinhua.
Perdana Menteri Anthony Albanese dan Bendahari Jim Chalmers mengumumkan pelantikan Bullock sebagai gabenor kesembilan Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari ini untuk tempoh tujuh tahun bermula 18 September tahun ini, menggantikan Philip Lowe.
Bullock yang kini berkhidmat sebagai timbalan gabenor sejak April 2022, berkhidmat di bank pusat itu sejak 1985.
“Micheles akan mengambil alih tugas yang penting pada masa yang penting berdasarkan cabaran yang kita hadapi di peringkat global,” kata Albanese.
Di bawah kepimpinan Bullock, RBA akan menjalani pembaharuan susulan semakan bank berkenaan yang mengemukakan 51 syor, termasuk penubuhan Lembaga Dasar Monetari dan Lembaga Tadbir Urus yang berasingan untuk menjadikan bank pusat itu lebih berkesan. – Bernama, 14 Julai, 2023.
Komen