Pakatan serah 'satu atau 2 kerusi' kepada BN di Selangor


Keputusan serah dua kerusi Pakatan kepada BN dilakukan atas semangat perpaduan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai, 2023.

KERUSI yang ditandingi Bersatu di Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan “satu atau dua” kerusi Pakatan Harapan (PH) akan diperuntukkan kepada Umno, kata Amirudin Shari.

Ketua PH negeri itu berkata kedua-dua kerusi itu diserahkan atas semangat perpaduan tetapi tidak memberikan sebarang butiran mengenai kerusi terbabit.

“PH akan bertanding lebih 40 kerusi. Sudah pasti kita perlu mengalah atas semangat perpaduan. Saya bukan orang yang sepatutnya menjawab hal ini. Pengerusi gabungan kerajaan perpaduan akan mengumumkannya (senarai calon).

“Kami melepaskan apa yang kami pertimbangkan untuk setiap parti sebelum ini dalam PRU14… Sudah pasti kerusi yang dimenangi Bersatu ketika ia bertanding di bawah bendera PKR,” katanya ketika wawancara di BFM, The Breakfast, pagi ini.

Pada PRU 2018, Bersatu, yang ketika itu merupakan komponen PH, bertanding tujuh kerusi DUN di Selangor dan memenangi empat kerusi.

Dalam DUN 56 kerusi yang akan datang PKR mempunyai 19, DAP 15, Amanah 6.

Barisan Nasional 5 manakala Bersatu 4, PAS 1 , Pejuang 2, Parti Bangsa Malaysia 2 dan Warisan 1. – 14 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen