India tolak resolusi Parlimen Eropah mengenai keganasan di Manipur


Ketegangan dan keganasan berterusan di Manipur, India walaupun terdapat pasukan keselamatan ditempatkan di pelbagai lokasi.– Gambar Youtube, 14 Julai, 2023.

KERAJAAN India menolak resolusi yang diterima pakai oleh Parlimen Eropah berhubung keganasan yang berpanjangan di negeri Manipur di timur laut India, dengan menyifatkannya sebagai “campur tangan dalam hal ehwal dalaman India.”

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar India Arindam Bagchi menyifatkan resolusi Parlimen Eropah sebagai “tidak boleh diterima” dan mencerminkan “minda penjajah”.

Hampir 150 orang terbunuh dan beribu-ribu hilang tempat tinggal dalam keganasan yang berterusan di Manipur sejak 3 Mei. – Bernama, 14 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen