KP J-KOM pertahankan infografik belanja dapur


Ketua Pengarah J-KOM Dr Mohammad Agus Yusoff mengakui terdapat kesilapan pada infografik yang disiarkan jabatan itu berkenaan perbelanjaan bulanan barangan dapur. – Gambar Facebook, 13 Julai, 2023.

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Dr Mohammad Agus Yusoff mengakui terdapat kesilapan pada infografik yang disiarkan jabatan itu berkenaan perbelanjaan bulanan barangan dapur yang dilaporkan The Star.

Bagaimanapun, Dr Agus berkata beliau mempertahankan data berkenaan tetapi mengakui tajuk infografik berkenaan dan penjelasan di dalamnya mengelirukan.

“Apa yang J-KOM mahukan ialah menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang belanja dapur akan naik daripada RM200 kepada RM500.

“Sebagai ketua pengarah, saya bertanggungjawab atas kesilapan tidak memberikan penjelasan ketika menerbitkan infografik itu.

“Saya akui tajuk infografik itu sepatutnya lebih baik disusun dan penjelasan diberikan supaya ia lebih jelas. Tetapi saya pertahankan data yang disiarkan itu sudah disahkan di pasar raya seperti Speed 99 dan malah menggunakan aplikasi PriceCatcher Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Dalam senarai barangan dapur itu, ada barang penting dan barang kehendak. Infografik kami hanya berkenaan barangan penting. Saya tidak kata sesebuah keluarga hanya makan dua ekor ayam sebulan. Ada juga keperluan membeli ubat gigi, sayuran dan buah.

“Kami sangkal dakwaan pembangkang yang berkata harga barangan asas – dikawal dan diberi subsidi dan tidak dikawal – naik dan perbelanjaan barangan dapur rakyat akan naik daripada RM200 ke RM500.

“Ini adalah penipuan yang tidak disokong dengan fakta dan data, tetapi menggunakan sentimen dan emosi,” kata Agus. – 13 Julai, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen