Harga petrol, diesel kekal hingga 19 Julai


HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok hingga 19 Julai, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal dengan harga RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama, 12 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen