Korea Utara berang pesawat AS ceroboh ruang udara


Cubaan pesawat AS menceroboh ruang udara Korea utara boleh mengakibatkan penerbangan kritikal untuk mereka. – Gambar EPA, 11 Julai, 2023.

TIMBALAN pengarah jabatan Parti Pekerja Korea Kim Yo Jong berkata percubaan pesawat Amerika Syarikat menceroboh ruang udara negara itu boleh mengakibatkan “penerbangan kritikal” untuk mereka, lapor Sputnik.

Semalam, Jong yang juga adik kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata pesawat peninjau AS menceroboh ruang udara di atas zon ekonomi Korea Utara.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Negara Korea Utara menambah pesawat peninjau AS menceroboh ruang udara negara itu beberapa kali dari 2 hingga 9 Julai.

“Saya sudah memaklumkan terlebih dahulu tindakan balas tentera kami selepas diberi kuasa. Sekiranya berlaku pencerobohan haram berulang kali, tentera AS akan mengalami penerbangan yang sangat kritikal,” katanya dipetik media Korea Utara KCNA.

Beliau berkata semalam, sebuah pesawat peninjau strategik AS “menceroboh zon ekonomi sebelah Korea Utara di Laut Timur Korea (Laut Jepun) sebanyak lapan kali”. – Bernama, 11 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen