6 maut serangan pisau di tadika di China


Biro Keselamatan Awam Lianjiang menyifatkan insiden di tadika sebagai 'serangan disengajakan' dan polis menahan seorang suspek berusia 25 tahun bernama Wu. – Gambar EPA, 10 Julai, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA enam orang terbunuh dalam serangan pisau di sebuah tadika di China pada Isnin.

Insiden itu berlaku di bandar Hengshan di bandar Lianjiang di selatan wilayah Guangdong, lapor Agensi Anadolu memetik South China Morning Post.

Biro Keselamatan Awam Lianjiang menyifatkan serangan itu sebagai “serangan yang disengajakan” dan polis menahan seorang suspek berusia 25 tahun bernama Wu.

Dia dikatakan menggunakan pisau dalam serangan itu.

Pihak berkuasa berkata kejadian berlaku kira-kira 7.40 pagi, katanya. – Bernama, 10 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen