Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan hingga 31 Julai


Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum. – Gambar AFP, 10 Julai, 2023.

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Dalam notis yang dikeluarkan kepada juruterbang, pihak berkuasa itu memaklumkan bahawa ruang udara Sudan akan ditutup kepada semua penerbangan sehingga akhir bulan ini, kecuali penerbangan kemanusiaan dan pemindahan yang mendapat kebenaran, lapor Sputnik.

Sebelum ini, penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 10 Julai.

Pada 15 April, pertempuran berlaku antara Tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces. Sejak itu, beberapa gencatan senjata sementara telah dicapai, tetapi konflik masih berlarutan.

Bulan lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Berdaulat Peralihan Sudan, Malik Agar, berkata ketika  pertemuan dengan Menteri Luar Russia Sergey Lavrov,  delegasi Sudan memohon bantuan Moscow untuk menyelesaikan konflik itu. – Bernama, 10 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen