10 maut, 30 cedera bas terhumban dalam sungai di Sri Lanka


Tujuh orang maut manakala 11 lagi cedera selepas sebuah koc terbalik di lebuh raya dalam Wilayah Guangdong yang terletak di selatan China. – Gambar The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 10 penumpang terbunuh dan lebih 30 cedera selepas bas yang dalam perjalanan dari Polonnaruwa yang terletak di wilayah tengah menuju ke Kaththankudy di timur Sri Lanka, terhumban ke dalam sungai, semalam.

Bas itu melanggar Jambatan Kotaleeya di Manampitiya sebelum terhumban ke dalam Sungai Mahaweli, kata jurucakap polis Nihal Thalduwa, lapor Xinhua.

Beliau berkata mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Polonnaruwa.

Laporan awal mendapati kecuaian pemandu menjadi punca kepada nahas itu. – Bernama, 10 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen