Ribuan berhimpun di Stockholm bantah tindakan bakar al-Quran


Menurut Polis Sweden, bantahan itu disertai kira-kira 3,000 peserta. – Gambar Facebook, 10 Julai 2023.

RIBUAN penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Ahad sebagai membantah tindakan membakar al-Quran di Sweden.

Perhimpunan itu berlangsung di dataran berhampiran masjid, tempat di mana seorang individu membakar naskhah al-Quran pada 28 Jun lalu.

Menurut Polis Sweden, bantahan itu disertai kira-kira 3,000 peserta, lapor Xinhua memetik akhbar Dagens Nyheter (DN).

Pengerusi Persatuan Islam Bersatu Sweden, Mustafa Issa, yang menganjurkan protes berkenaan,  berkata tindakan membakar al-Quran itu satu perbuatan bertopengkan kebebasan bersuara dan ia tidak seharusnya dibenarkan berlaku. – Bernama, 10 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen