KEMENTERIAN Luar Iran pada Ahad menolak resolusi anti-Iran yang dikeluarkan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan menyifatkannya sebagai “tidak boleh diterima,” lapor agensi berita China Xinhua.
Jurucakapnya, Bahram Qasemi, mengecam resolusi mesyuarat UNHRC di Geneva baru-baru ini yang melanjutkan mandat pelapor khas mengenai hak asasi manusia di Iran selama setahun lagi.
“Pada pandangan kami, pelanjutan tempoh setahun misi pelapor khas mengenai situasi hak asasi manusia Iran adalah tidak profesional dan tidak perlu,” katanya.
Tehran turut menegaskan bahawa laporan UNHRC itu buta terhadap “kemajuan Iran dan usaha gigihnya ke arah itu.” – Bernama, 26 Mac, 2018.
Komen