14 maut insiden bangunan runtuh di Brazil


Seramai 14 mangsa maut apabila sebahagian bangunan yang diduduki secara haram, runtuh di tenggara Brazil. – Gambar Facebook, 9 Julai, 2023.

SERAMAI 14 mangsa maut apabila sebahagian bangunan yang diduduki secara haram, runtuh di tenggara Brazil, kata pihak berkuasa.

Operasi mencari mangsa terselamat sedang dilakukan.

Terdahulu, 11 mangsa diumumkan maut, tetapi pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dna menyelamat kemudian menemui mayat seorang wanita dan dua anaknya dalam insiden di Paulista, pada Jumaat.

Antara mangsa yang maut ialah lelaki, wanita dan kanak-kanak, menurut laporan perkhidmatan pertahanan awam Pernambuco.

Tiga mangsa – seorang wanita warga emas 65 tahun dan dua dewasa – berjaya diselamatkan.

Bangunan tiga tingkat itu, yang bersambung dengan kompleks perumahan lebih besar, ditutup pada 2010 kerana berisiko runtuh, tetapi ia diduduki secara haram, kata pihak berkuasa.

Pada April, sebuah bangunan runtuh di Olinda, juga di Pernambuco, menyebabkan enam maut.

Insiden seumpama ini sering berlaku di Brazil di kawasan kejiranan yang miskin di mana pembinaan haram berlaku secara berleluasa. – AFP, 9 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen