SEBUAH pesawat peribadi terhempas di California awal pagi semalam, mengorbankan semua enam penumpang di dalamnya, kata pihak berkuasa.
Pesawat Cessna C550 terhempas sekitar 4.15 pagi waktu tempatan berhampiran Lapangan Terbang Murrieta, tenggara Los Angeles, katan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Pegawai polis yang dihantar ke lokasi mendapati sebuah pesawat marak dalam api dengan enam mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kata sheriff tempatan.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Las Vegas, kata FAA. Kemalangan itu menyebabkan kebakaran kecil yang cepat dikawal.
Kabus tebal menyelubungi kawasan itu pagi semalam, lapor media tempatan, yang mungkin menyebabkan pesawat itu terlepas landasan. – AFP, 9 Julai, 2023.
Komen