Syria batal akreditasi BBC, dakwa siar laporan mengelirukan


Syria batal akreditasi BBC yang didakwa mengeluarkan laporan mengelirukan, dan turut membatalkan akreditasi wartawan BBC Radio di Syria. – Gambar AFP, 9 Julai, 2023.

SYRIA membatalkan akreditasi BBC yang didakwa mengeluarkan laporan mengelirukan, satu tindakan yang jarang berlaku terhadap saluran media antarabangsa di negara yang dilanda perang itu.

“Pembatalan itu disebabkan kegagalan stesen penyiar mematuhi piawaian profesional dan berterusan menyediakan laporan berat sebelah dan mengelirukan,” menurut Kementerian Penerangan.

Susulan itu, kementerian membatalkan akreditasi wartawan dan jurukamera BBC.

Dalam kenyataan itu juga, kementerian menjelaskan akreditasi wartawan BBC Radio di Syria turut dibatalkan.

Setakat ini, BBC tidak memberikan sebarang maklum balas.

Kementerian Penerangan berkata, sejak perang Syria meletus pada 2011, BBC dari semasa ke semasa memberikan maklumat dan laporan palsu berhubung realiti di negara itu. – AFP, 9 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen