Penunjuk perasaan Perancis ingkar larangan berhimpun


Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengingkari larangan menyertai perhimpunan peringatan semalam sebagai tanda sokongan kepada remaja kulit hitam yang meninggal dunia dalam tahanan polis. – Gambar AFP, AFP, 9 Julai, 2023.

KIRA-KIRA 2,000 mengingkari larangan menyertai perhimpunan peringatan semalam sebagai sokongan terhadap seorang remaja kulit hitam yang meninggal dunia dalam tahanan polis.

Perarakan di seluruh Perancis berlangsung sebagai satu tindakan mengecam kekejaman polis ketika ketegangan memuncak selepas beberapa hari rusuhan melanda negara itu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 5,900 menyertai perarakan jalanan.

Tujuh tahun selepas kematian Adama Traore, kakak mangsa merancang merancang mengetuai perarakan peringatan di utara Paris, di Persan dan Beaumont-sur-Oise.

Bagaimanapun ia dibimbangi mencetuskan semula pergolakan susulan kematian yang berusia 17 tahun di perhentian trafik berhampiran Paris. Mahkamah memutuskan kemungkinan tinggi mengakibatkan gangguan awam untuk membolehkan perarakan diteruskan.

Dalam video yang disiarkan di Twitter kakak sulung Adama, Assa Traore, mengecam keputusan itu.

“Kerajaan membuat keputusan ibarat mencurah minyak ke dalam api dan tidak menghormati kematian adik saya,” tulisnya di Twitter.

Tindakannya menyertai perhimpunan di Place de la Republique di tengah Paris untuk memberitahu “seluruh dunia orang mati mempunyai hak untuk dibela, walaupun dalam kematian”.

“Kami berarak untuk golongan muda bagi mengecam keganasan polis. Mereka mahu menyembunyikan kematian adik kami.

“Mereka membenarkan perarakan oleh neo-Nazi tetapi mereka tidak membenarkan kami berarak. Perancis tidak memberi kita contoh moral. Polis rasis dan ganas,” katanya pada perhimpunan itu yang turut dihadiri beberapa ahli Parlimen.

Sementara itu, menurut polis, perhimpunan Paris juga diharamkan atas alasan ia boleh mengganggu ketenteraman awam dan sabitan undang-undang dibuka terhadap Assa Traore kerana menganjurkan acara itu.

Seorang adik Assa, Youssouf Traore, turut ditahan kerana disyaki melakukan keganasan terhadap seseorang yang memegang kuasa awam, kata pendakwa raya.

Kira-kira 30 penunjuk perasaan menentang keganasan polis turut berlaku di seluruh Perancis, termasuk di bandar pelabuhan selatan Marseille dan di Strasbourg di timur.

Pihak berkuasa di Lille melarang perhimpunan. Beberapa kesatuan sekerja, parti politik dan persatuan menggesa penyokong untuk menyertai perarakan untuk Traore ketika Perancis terkesan dengan dakwaan perkauman yang diinstitusikan dalam barisan polisnya berikutan insiden tembakan membabitkan Nahel.

Traore yang berusia 24 tahun, meninggal dunia selepas ditahan pada 2016, mencetuskan beberapa pergolakan yang berlaku sama seperti rusuhan selama seminggu yang tercetus di seluruh negara berikutan insiden tembakan ke atas Nahel. – AFP, 9 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen