SEKURANG-KURANGNYA tiga orang terbunuh manakala 10 lagi hilang, termasuk kanak-kanak selepas sebuah bangunan di bandar Recife, Brazil runtuh pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Jabatan Pertahanan Awam dan Bomba.
Mayat lelaki, wanita dan remaja itu dijumpai di bawah runtuhan, manakala dua lagi mangsa masing-masing wanita berusia 65 tahun dan remaja 15 tahun berjaya diselamatkan.
Menurut laporan Jabatan Bomba, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan, apabila satu daripada blok bangunan itu runtuh, manakala sebahagian struktur sebuah lagi bangunan hampir roboh.
Kawasan Metropolitan Recife terjejas akibat hujan lebat sejak malam Khamis, menyukarkan pihak bomba menjalankan misi mencari dan menyelamat untuk mengesan mangsa yang hilang. – Bernama, 8 Julai, 2023.
Komen